JellyPages.com

19 October 2014

AISHITERU

Quratul, andai nanti ditakdirkan ana tersasar dari jalan Allah, enti nak tak tarik balik ana? 

Air mata yang deras menitis kukesat perlahan.


Sofiya, enti sahabat dunia akhirat ana, insha Allah. Enti nak kita berjaya bersama sama. Kita teruskan Dakwah dan Tarbiyah kita ni bersama hingga ke hujung nyawa. Enti tahu kan, ana sebatang kara. Hanya enti sahaja tempat ana bergantung selain Rabb.


Qurat, andai salah seorang dari kita pergi mengadapNya dahulu, bagaimana ya? 


Segaris senyuman ikhlas jelas terukir di wajah Qurat. 
Andai ana yang pergi dahulu, enti jangan bersedih. Ingat ! Enti tak pernah keseorangan. La tahzan innallah ama'ana. Tembak ana dengan doa enti okay? Okay.


Sudah lah Sofiya, dah pukul 1 pagi ni , yukk kita jalankan routine kita.

Solat tahajud didirikan.
Solat hajat ditunaikan.
Tadarus bersama indah alunannya.

Ya Allah kekalkanlah kemesraan antara hati kami berdua keranaMu Allah. Peliharalah iman kami agar sentiasa bertakwa kepadaMu.



Malam itu berlalu indah dengan alunan bacaan ayat suci Al Quran yang sengaja dipasang kuat volumenya. ALLAHURABB indah sungguh persahabatan.



Aku masih ingat menjelang tiga hari sebelum kita berdua pulang ke tanah air terchenta.


Quratul memegang erat bahuku seraya berpesan. 
Sofiya, jangan pernah hilang dari tikar sejadah tolong jangan pernah lupa padaNya walau sedetik pun. Jaga hati sucimu hanya untuk zauj mu kelak. Ana sayang enti.


Pinggangku dirangkul erat olehnya dari belakang. Tanpa  kusedar air mata deras mengalir. Berkainkan tudung labuhku mata yang separuh merah ku kesat dengan segera kerana takut Qurat ternampak. 
Aku hanya mampu terdiam mendengar pesanan ringkasnya itu. Memang agak weirdo sebab sebelum ni dia tidak pernah mengungkapkan kata kata touching seperti itu meskipun kami berdua sudah bagai belangkas ke mana sahaja bersama sampai yang ada katakan kami lesbian. Ahhh persahabatan itu indah bukan, buat apa nak difikirkan those thoughts.




Ya badratim ya badratim
Sayup kedengaran ringtone Samsungku. Segera aku capai kerana takut kuat kedengaran tambah tambah aku berada di dalam masjid. Risau menganggu jemaah lain. Kain telekung ku buka dan segera keluar dari kawasan masjid untuk mengangkat panggilan itu.


Sofiya, enti tahu tak pasal Quratu Aini? Dia accident tadi dan sekarang dia ada di hospital. 
Air mata tidak dapat mengalir bagai tersekat di skala tiga. Telekung yang ku bawa dari hostel aku biarkan sahaja selipar segera ku capai dan terus menuju ke Yarmouk Hospital.




Allahurabb andai ini ujian Kau untuk aku untuk bawanya pergi sebelum aku , aku redha Ya Allah tapi berilah peluang untukku mengucapkan yang aku sangat sayangkan dia melebihi sayang aku pada diri aku sendiri.



Malam pertama aku bersendirian dalam bilik tanpa kehadiran Qurat. Hanya air mata dan tisu menjadi teman aku tatkala itu. 

Tepat pukul 1 pagi . Tahajud, hajat dan tadarus bersama. ALLAHURABB aku tak kuat.

Aku nak tunaikan solat hajat aku teringatkan dia.rindu.
Aku nak bertahajud pada Sang Pencipta aku teringatkan dia.rindu.


Malam itu kuisi dengan membelek foto foto lama kami yang masih kemas disimpan di dalam album hinggakan aku tertidur beralaskan lengan yang tidak berapa empuk ini. 

Assalamualikum sofiya. Ni Quratu. Suara itu ! Suara itu aku kenal. Sepantas kilat aku toleh ke belakang. Tampak jelas wajah Qurat kesedihan. Ana sedih. Ana nampak enti asyik bersedih kerana terlalu rindukan ana. Jangan begini wahai syuhada'. Ingatlah ukhwah kita tidak pernah putus selagi enti tidak memutuskan hubungan baik enti dengan Allah. Ingat kita berdua dah berjanji bukan untuk meletakkan Allah nombor satu di hati. Insha Allah .. Terasa bagai di alam mimpi. Tapi, ahhh apa aku kesah. Sahabat baik dah datang menjenguk siap bagi amanat lagi. Allahurabb Engkau mengabulkan permintaanku. Badan Qurat yang sedari dulu gempal itu aku peluk seerat eratnya. Jika Allah izinkan kita akan bertemu lagi ya. Jangan bersedih. AISHITERU QURATU AINI !


Astaghfirullah aku dah terlepas tahajud dan hajatku. Wudhu' segera diambil dan solat didirikan. Malam hening itu begitu indah buat diriku. ALLAHURABB terima kasih Allah!


Adakah enti lebih memilih untuk mengingat Quratu Aini lebih daripada yang menciptakan perasaan rindu itu? Sentak Kak Nab dari belakangku. Air mata segera ku kesat. Ingat Sofiya, perasaan sayang rindu cinta itu datang dari Allah. Jadi kalau enti rindukan Quratu Ain panahlah dia dengan doa darimu. Allah yang menghadirkan rindu itu means that Allah yang rindukan rintih hambaNya. So please stop crying just take a wudhu' and pray for her. 



Qurat pergi dalam perjalanan ke rumah Tok Sheikh untuk belajar kitab. Dia syahidah ya Allah. Yaaa dia syahidah! Enti beruntung ya Qurat. Jelas ana cemburu dengan enti. Enti tunggu ana di sana ya, ana akan menyusul. Kita kan dah berjanji untuk bina istana bersebelahan di dalam syurga nanti. Enti tunggu ana ya.


Sahabat dunia akhirat insha Allah.


"Segala sesuatu jika dipisahkan daripada dirimu pasti ada penggantinya kecuali Allah. Jika kau pisahkan daripada hidupmu, nescaya tiada penggantiNya"



Uhibukillah fi jannah- aku sayang korang sampai ke jannah !


Henshin des !

For some reasons BS delete habis semua entries sebelum ni.  
"sebab apa wehh? Hang qhasa nak buat henshin ka? "

" henshin tu natang apa wehh? Henshin tu bukan yang superhero jepun selalu cakap tu ka? "



Well, BS memang rasa nak buat henshin. Pernah tak hangpa semua rasa down dalam studies? Even hangpa semua dah buat semua yang dituntutNya. Solat fardhu solat sunat tungging terbalik semua bagai tapi still tak dapat apa yang kita nak.  okay BS guna 'kita' sebab I'm totally can't deny that every seconds BS fikir pasal benda alah ni.



Japppp sebelum apa apa BS nak tanya pernah tak hangpa rasa macam nak ikut cara kengkawan yang lain.? Kengkawan yang manjang couple, bf/gf tiap tiap hari salin(bertukar), ikhtilat langsung tak peduli , aurat? Hmm jauh dari hati. Hubungan dengan Allah? MasyaAllah lagilah tak terjaga sedangkan hubungan dengan ibu bapa sendiri nauzubillah.
Pernah tak hangpa rasa ? Pernah tak rasa macam nak ikut kengkawan macam tu? Sebab apa? Sebab dorang buat benda yang dilarang Allah tapi result setiap kali exam? Pehh pehh pehh dekan 4flat kepujian pehh gempak beb! Pernah tak rasa? Jangan tipu diri sendiri weh sebab BS faham BS pun pernah rasa cenggitu. Even sikittttt mesti hangpa rasa kann sikiiiitttt ja.


Pastu tiba tiba terdetik dalam limpa hati jantung. Hmm "tapi aku? Aku jaga betul betul Hablu minallah wa Hablu minannas ni ? Habuk pun tarak! Result cukup cukup paras hidung kemek ni ja"


Well behave guys behave ladies. Ni semua ujian Allah ke atas hambaNya yang BERSABAR. I'm surely know that hangpa semua tahu semua ni hanyalah kifarah Allah untuk menebus dosa dosa kita. Actually kalau ikut kefahaman BS yang jelas lagi nyata jahil bab agama ni lah kan, kifarah means pembalasan atau denda. So beb apa lu nak takut kalau result tak meletop even dah study bagai nak rak. Be chill wehh! 


Ingat! Allah tak tengok hangpa ni pandai sebab mak bapak doktor ka lecturer ka enginior ka tapi Allah tengok akan usaha hangpa. Usaha kita. Usaha dalam mencapai kejayaan tu. 




So kamonlah, just don't stop studying but note this! AKU STUDY LILLAHITAALA AKU STUDY KERANA ALLAH KERANA ILMUNYA YANG DITUNTUT. inshaAllah rezeki dah ada cuma kita taktau bila and kat mana kita nak sambut semua tu.



Therefore, in my opinion pehhh mentang mentang BS baru habis MUET speaking test ajet ajet cakap omputih pulak minah kelabu ni hahahahahaha. 





Okay let's take a deep breath and keep praying okay ! Cause ALLAH'S THERE ♡




sekiannnn